Rabu, 9 November 2011

Contoh Rancangan Pengajaran Harian


Hari     : Rabu
Tarikh : 2 Mac 2011
Tahun  :4 Arif
Masa    : 08.45 – 09.15 pagi (30 minit)
Bilangan Murid : 35 orang
Mata Pelajaran  :Pendidikan Islam
Bidang               : Asas Akhlak Islamiah
Tajuk                 :  Adab Menzirahi Jenazah Dan Kubur
Fokus                 : 1. Pemikiran
                              Murid dapat menyatakan adab menziarahi adab menziarahi jenazah dan kubur.
                             2. Amalan
                               Murid dapat mengamalkan adab menziarahi jenazah dan kubur.
                             3. Penghayatan
                                Murid dapat menginsafi setiap yang hidup pasti menghadapi mati.

PEGETAHUAN SEDIA ADA:
 1. Murid-murid pernah menziarahi orang yang meniggal dunia.
 2. Murid-murid pernah menziarahi tanah perkuburan.

HASIL PEMBELAJARAN :
                       Di akhir pembelajaran ini murid dapat :
  Aras 1  :  Menyatakan satu daripada empat adab menziarahi jenazah dan kubur seperti yang  ditunjukkan dengan betul.
  Aras 2  :  Menyatakan 3 dari 4 perbezaan amalan beradab dan tidak ketika menziarahi jenazah dan kubur.
  Aras 3  :  Menyenaraikan empat dari enam hikmah menziarahi jenazah dan kubur seperti yang terdapat dalam slaid dengan betul.

   


 PENERAPAN NILAI: 
        1.Melatih murid agar sentiasa melakukan amalan yang baik
        2.Menyedari tentang kekuasaan Allah taala.
                                
 KEMAHIRAN BERFIKIR     : 1.Sumbangsaran
                                                    2.Membuat perbandingan

KAEDAH PENGAJARAN    :1. Bercerita
                                                   2. Penerangan
                                                   3. Berbincang
                                                   4. Bersoal jawab
                                                    5. Bernasyid

Bahan Bantu Mengajar :
  1. Gambar
  2. Tayangan power point
  3.  Carta ayat  

 Bahan Rujukan  :Buku teks dan buku rujukan      


         














LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN




AKTIVITI

ISI PELAJARAN

AKTIVITI

CATATAN / BBM

Pendahuluan

(2 minit)

Guru meminta pelajar membaca doa beramai-ramai

Pelajar  membaca doa


-

Set Induksi

(5 minit)

Gambar jenazah yang sedang di usung ke kubur

1.Guru menayangkan gambar sambil memperdengarkan lagu nasyid dan menyanyi secara kelas.
2.Bersoal jawab berpandukan gambar.
1.Siapa yang pernah melihat orang yang mati?
2.Bagaimana keadaan orang mati?3.Ke mana orang yang mati akan di bawa?





Kaedah

-penerangan
-bersoal jawab
  
BBM

Tayangan power point



Perkembangan
Langkah 1
(7 minit)

Adab menziarahi jenazah dan kubur:
1.mengucapkan takziah kepada keluarga si mati
2.mendoakan si mati
3.berpakaian menutup aurat.
4.Tidak berbual-bual kosong.


1.Guru memberi penerangan tentang adab menziarahi jenazah dan meminta murid menyebut satu persatu.
2.Murid menyebut tentang adab menziarahi jenazah secara berulang kali

Kaedah
-penerangan
-latih tubi




Slide

Skrin LCD

Langkah 2
(5 minit)

Doa.  Ketika menziarahi jenazah


 اغفرله وارحمهالهم

Ertinya,ya Allah berilah keampunan mu baginya dan limpahkanlah rahmatmu keatasnya

1.Guru menunjukkan carta doa kepada murid.
2.murid-murid diminta membaca doa yang dipaparkan secara berulang-ulang
3.Seorang murid membaca dan murid lain mengikut bacaannya.
4.Guru membetulkan bacaan murid.

Latih tubi  /
penerangan



Carta doa


Langkah 3
(7  minit)

Hikmah menziarahi jenazah :
1.  berpeluang menzahirkan perasaan simpati kepada keluarga jenazah,
2.  mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah
3.  dapat mengeratkan silaturrahim
4.  melahirkan rasa keinsafan dalam diri.

1.Guru meminta murid berada dalam 5 kumpulan.,Toyota,Honda,BMW,Volvo dan Mercedes
2.murid  diminta membuat satu peta minda tentang hikmah menziarahi jenazah.
3,murid memberi pendapat tentang kebaikan yang diperolehi ketika menziarahi jenazah.

Penerangan

Bersoal jawab

Sumbang saran

BBM
Tayangan powerpoint
Kad manila
Marker pen







Penutup

(4 minit)














Nasyid selimut putih:
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan yang kedinginan

1.Guru meminta murid menyanyikan nasyid selimut putih secara beramai-ramai mengikut nyanyian dari VCD




Komputer/VCD